Tahun ni je dah 2 kali pergi Melaka. Hehe. Mula mula pegi time New Year. Second time pergi sebab ade budak nak tunang. Ehem. ;P Nak tau budak mane? Budak ni ha. So sambil menyelam kita minom air la kan. Atau dalam kata lain sambil pergi tunang orang sambil jalan.
Seminggu before tu dah plan ngan budak budak ni nak tido mane ape sume.
Ok cite ni dah basi sbenanye. Tapi takpelah. Buat kenangan.
Ni time makan cendol ramai ramai. Heaven dowh. Malam pulak pegi jalan jalan Jonker Walk. Pastu makan asam pedas. Slurppp! Ok pasangan kat atas sume dah jadi laki bini. Aku? Lu pikir la sendiri! HAHA!

Ni la budak yang dah bertunang. Name die Liz. Dia sungguh cantek pada hari tersebut. (Apekah karangan macam budak darjah 6 ni oiii!! HAHAHA~)
Siap khemah bagai. And kat umah dia pun makan asam pedas jugak. Sedap hoi! Nak lagi! Nak lagi!
Owh kelihatan saya mendokong Cik Pipi, merangkap anak buah Cik Liz yang kelihatan blur sebab baru bangun tido. Hehe.
Saya bergambar dengan tunangan orang. Owh abaikan tudung ku yang macam haram tersebut. Ni sume akibat daripada tudung yang tidak digosok. AGAGAGA~
INI AMARAN KERAS.
Kau jangan tanye aku bile pulak.
Memang aku pelangkung kepala sorang sorang!
Kalau tak takot jugak tak tau la. Haha~
Well well.
Congrates Liz!
Semoga semua berjalan lancar. Amin.
-Yours truly-
“It is not easy to trust people when your heart is still broken. “
- dieyla.azmee
Sape dah tengok cite Cun angkat tangan! Teheeeeee~ Ala yang poster dia ade gambar kerbau tu. Mesti pernah nampak kan kalau pegi tengok movie. Hehe. Aku baru tengok tadi. Tu pun sebab ada orang soh tengok. *jeling jeling sikit kat orang berkenaan hehe*
Maya Karin dengan Remy Ishak yaw!
Thumbs up for this movie! Kelakar dowh. Tapi dalam kelakar kelakar tu ada touching touching. Yang buat touching tu sebab ade budak name Manis dalam tu. Tambah pulak emosi aku tengah tak stabil skang ni touching tu terlebih sikit la. Haha. Kalau tak aku rase takde perasaan sangat pun aku ni. Stone lebih.
Pape pun, sape yang tak tengok lagi tu bawak bawak la tengok cite ni. Tak rugi pun. Hehe. Aku nak buat review lebih lebih sape la aku ni kan. Eceh. Sejak bile pandai nak humble ni Cik Dieyla ni. Hehe. Aku taktau still ada kat cinema ke tak cite ni. Since aku kat KB skang ni. Memang ade la cinema kan. Tu yang aku tengok kat umah je. Haha.
Tapi Remi Ishak dalam ni tak ensem sangat sebab dia jadi budak kampung. LOL! Tapi bole la jugak nak cuci mata tu. Teheee… Pape pun, Maya Karin tetap santek! Aku suka tengok dia. Rasa macam tak perlu la aku nak bagi sinopsis bagai sebabnye baik korang pegi tengok teros.
Pesanan penaja : Tengok jangan tak tengok!
Hamagaddddddddddddd!!! Lame gile tak update blog hoi! Nak kata aku busy takde la busy pun. Duk makan tido je hari hari. Haha. Last entry aku tengok is in February. Pastu tetiba hilang. Aku pun taktau asal aku hilang pedoman kejap tetiba.
BANYAK BENDA NAK CITE NI!!!
Tapi aku taktau mane nak start. Duh. Oklah. Aku buat dalam bentuk point.
- Bandi (Abang sulong aku) dah selamat kawen bulan 3 haritu. Makanya aku dah ade 2 orang kakak ipar hoi! Hehe. *excited* So skang ni abang aku dah pegi duk KL ikot bini dia. Aku pulak duk umah jaga Mama aku. Rasa macam maybe nak keje kat sini jugak. Tapi tak tau lagi. Hehe.
Ni time majlis reception kat umah aku. Tema hijau yaw! Nak tengok gambar banyak banyak tengok kat FB aku je la hoi. *pemalas*
- My darling Yayan dah tunang last month dengan ehem ehem. Hehe. I am happy for her!
Ni gambar mase hari kejadian.
- Aku dah ade baby bawuuuuuuu!!! *gewdik gilewww* Muehehehe~ At last aku pakai jugak berihitam tu. Since kawan kawan aku ramai pakai BB makanye senang la sikit nak gosip pape.
Kalau tak, selalunye aku la orang last yang tau gosip pape. Mak sentap nok. Mentang mentang la SMS kene bayar kan. Kejam betol diorang ni. Haha.
- Aku dah tak sabar nak menamatkan zaman tanam anggur aku ni. Doakan aku cepat cepat dapat keje plishhhhhhhhhhhh!!!!
Okay lah. Aku rase cukup la setakat ni dulu. (Aik cakap banyak tadi? HAHAHAHAHA~) Bertemu lagi kite di lain rancangan. Teheeee~
Bye!
P/s : Tunggang langgang entry aku ni. Aku soh die ke tepi die ke tengah. Makanya layankan aje la. Haha.
Location : PNB Ilham Resort, Port Dickson.
Harini kol 530 lagi dah bangun. Gile kagum dengan diri sendiri wei. Haha. Mandi gitu gini kol 630 pagi gerak. Owh. Aku sampai KL malam semalam. Kol 12 malam. Bertolak kol 9 pagi. Ok malas nak cite apesal sampai lambat. Panjang sangat citenye kalau nak cite. Owh aku datang PD dengan abang kesayangan aku. Ehem. Pastu singgah Kota Damansara pegi amek kawan abang aku. Jem nak mati. Sampai Sg Besi dah 830. Suppose kol 8 dah sampai PD. Haha. Sabar je lah kan. Then kat Sg Besi amek gf kepada kawan abang aku. Ok complicated sikit. Haha. Sikit je la kan. Korang kan bijak pandai takkan tak paham. ;p
Then dalam 1030 kot baru sampai PD. Sampai sampai tengok tak start lagi. Fuh lega! Siap boleh tea break dulu seround then baru start. Then dala 630 habis. Phew penat dowh! Tapi takdela penat sangat. Duduk je pun. Dengar dengar. Gelak gelak. Tapi yang pasti aku makan banyak gile dowh arini. Makan sampai 5 meal memang berlemak ah badan. Kalau dah nama free tu memang dah takde maknanye aku nak diet. Kalau aku nak diet gak memang aku lempang diri sendiri la gamaknye. Haha.
Program ape aku ikot sume aku takleh bagitau lagi kat sini. Nanti dah confirm baru aku gitau. Yang penting aku datang sini untuk bercuti. LOL. 5 hari babe. Free babe. Sape taknak. Ngehehehe~
Okla skang dah kol 1210am. Memang wajar sangat aku pegi tido ni. Owh btw aku dapat bilik master bedroom. Duk 2 orang. Gile best wei. Satu apartment ni ada 3 bilik. Nasib kitorang baik dapat master bedroom. Hehe. Esok aktiviti start kol 9. Makanya, aku tido dulu la ye. Nite nite.
P/s : Aku takdek amek gambar pun arini. Heh. Gile bosan entry ni.
Ini entry 2 in 1.
Cerita 1.
Haritu ade orang baru dapat first gaji. And dia dah janji dia nak belanja makan. Nyum nyum. Kalau dengar makan je teros bersemangat waja. Mata yang nak tertutup pun leh terbeliak balik. *over* Pastu tuan nak belanja tanya nak makan apa. Taktau nak demand apa. Kalau kat KL aku dah demand TGIF ke Tony Roma’s ke Chili’s ke. (Tak agak agak nak demand kan. Haha.) Tapi kat KB ni ape la sangat yang ada. -_-” Mula mula nak pegi Renaissance. Tapi pakaian sume taknak cantek pulak kan. Haha. Last last Kenny Rogers sajork. Tapi KR memang favourite aku pun.
Budak tengah tu la yang tukang belanja. Lebiu mmuah muaah!
*takde dalam gambar-Cik Nad sebab dia datang lambat.heh.*
Posing jangan tak posing.
Nyum nyum.
Terima kasih tak terhingga kepada Cik Add kita. Semoga rezeki anda makin bertambah. Makanya boleh la belanja saya lagi. Nyeh nyeh. Seronok dowh kawan kawan sume dah kerja. Boleh pow. Ade sesape lagi yang terasa nak belanja saya yang comel ni sila bagitau k. Jangan malu malu. ;p And doakan saya dapat kerja cepat cepat. Boleh belanja korang pulak.
Cerita 2.
Weekend lepas cousin aku kawen. Time pergi rombongan kat Terengganu aritu aku tak ikot. Sadis.
Tapi takpela. Ni aku nak cite time reception kat umah cousin aku. Aku panggil dia Abe Long. Dia tua setahun je dari aku. Dia cucu ketiga. Aku cucu keempat. Dia dah kawen. Makanya? Takde makanya makanya lah. Haha.
Tema purple yaw. Baju aku ada purple sikit sikit ok la tu.
The pelamins and hantarans.
Ok bile eyh cuti CNY? Dah 2 minggu kot eyh? Baru nak update blog? Aah. Haha. Standard la kan. Skang still bulan February. So i guess takde hal lah kot.
Cuti aritu best sebab semua ada kat umah! Cuti seminggu kan. Tapi aku nak cite untuk 2 hari je. Sebab tu je yang ade gambar. Ehe.
Ok here we go.

Ni time on the way pegi Besut.
Cik Haizum kita bermanja siap nak suruh hantar dia bagai sebab bas dia sampai KB bukan Besut. Tu la sape suruh lambat sangat beli tiket. (Ha kan makcik dah bebel ni.) Tapi takpela. Boleh gak g jalan jalan. Lame dah tak jejak Besut. Ehe. And aku dah lame tak jadi dreba. Haritu Cik Add carless. So aku la kene mendreba. Dah lame tak jadi dreba budak budak ni. Add yang dah amek alih title dreba dari aku. KLMJ gile wei. Dulu dulu selalu je merempit pakai kete abang aku tu. Hehe.
Kat Besut takde pegi mana sangat pun. Masa pun suntuk. Masing masing pun ada hal. Singgah umah Haizum. Pastu lunch lepak pelak borak borak kat umah She. Pastu balik. Tu pun macam tak puas lagi nak bergosip. Tapi takpela. At least leh catch up pape yang patot. Kat umah She lupa nak amek gambar pulak. Heh. Makanya takdek gambar ye.
Esok nya pulak aku pergi Besut lagi. Kali ni ngan family pulak. Heh. Suke betol aku g Besut ye.
Kalini pegi sebab ada wedding. Sepupu mama aku kawen. Maknanya mak sepupu la ek? Ke dua pupu? Ke kupu kupu? Errr lantak ah. Yang penting sedara aku la kan. Ehe. Sampai sana dalam pukul 1. Tapi pukul 3 pengantin tak sampai sampai lagi. Takkan nak makan sampai 3 round kot kan. Makanya kita amek la gambar.
Pinjam pelamin orang. Ni aku dengan cousins. Fine aku paling tua. -_-”
Tunggu punya tunggu sampai la jugak pengantin. Tapi nak tunggu dia masok umah tu lambat bebeno eyh. Siap ada silat la apela kat luar. Aku dah tak kuasa nak tengok semua tu. Heh. Yang aku tau nak amek gambar pengantin then balik.

Dapat la jugak amek gambar. Walaupun agak fail gambar ni. Tapi takpela. Yang penting ada. Heh.
Ok dah habis cite.
Skang dah 730 malam. Ada orang tu tengah on the way pegi KL. Aku kene tinggal.
Owh. Tapi Ahad ni aku pulak pegi KL. Tapi skang ni rasa ngantok gile babi. Mane tak nya. Harini je dah makan 2 kali nasik. Sekali kat rumah. Sekali kat kenduri. Memang nice la. Mane aku tak boolat nye kan. Agak agak kalau lama lama lagi aku duk umah mau berat aku sampai 60kg. LOL. Taknak wei. Taknak. Mintak simpang. Aku tak dapat bayangkan macam mana rupa aku kalau dah 60kg tu.
K la wei. Till then. Will write later. Tata!
Tadi time tengah lepak depan lappy, tetiba ada orang ketuk pintu. Tok tok. (Ceh saspen abes la ni.) Rupanya uncle aku datang. Pastu dia bagi sampul Pos Ekspress atas nama aku. Pastu aku macam dah takleh handle time tu. Kantoi pulak ngan uncle aku. Kene bahan sepam dua. Tapi takpe. Kental kan. ;p
Okla cuba teka aku dapat ape. Hehe gedik gila nak main teka teka kan. Okla takyah teka. Meh tengok ni..

Surat cinta yaw! Hahaha~ (Yang penting pink.
) And 8 keping dvds penoh dengan movies. Ni memang pirates of caribean abes ni. Haha. Yeay pasni leh tengok movies sampai lebam. Nampak sangat la kan orang lain pun risau takot aku kebosanan kat umah. Padahal…….
Pastu ada satu lagi…

Siap dapat angpau yaw! Haha. Raya cina dah abes pun still dapat angpau. Takpela lambat sikit kan. Boleh diterima. ;p (Angpau pun nak pink wei! Hehe~ Obvious sangat ke aku suke pink?
)
Btw, thank you very much.
Nak tau sape yang bagi?
Adela. Rahsia. Takleh gitau.
Yang penting bukan orang Batu Pahat. Agagagaga…
Ok bye.
P.s : Butterfly fly away..
Here we go.
Celebrate New Year kat Melaka. Takde la celebrate mana pun. Just spending times with friends. Makan besar kat Umbai. Pastu jalan jalan kat Kota Melaka malam malam. Pastu siap karok lagi kat Mahkota Parade. Dasar gila karok sume. -_-”
Ni pulak tengah lepak kat Starbucks JJ Seremban. Second day of 2011. Plan nak tengok movie tapi takde movie menarik. End up lepak lepak minom minom je.
Lepak. Dan. Makan.
Lepak. Dan. Makan. Lagi.
So tu je la random pictures dalam tahun ni. Pejam celik pejam celik dah habis sebulan. Gile cepat masa berlalu. Kan. Pasni bulan 3 pastu 4 pastu.. Ha sambung la sendiri. ;p Maybe aku akan banyakkan gambar je dalam blog ni. Maybe aku kene kurangkan bebelan. And maybe jugak.. Ok takyah banyak sangat maybe. Sebenarnya takde idea pun nak update ape so korek je gambar gambar yang ada. Hehe.
So far year 2011 has been good to me. Alhamdulillah.
P.s : Korang rasa blog ni macam lembab ke tak eyh?
Bila kawan kawan rapat dah mendirikan masjid. Ehem. Mesti kita rasa lain. Things will never be the same. Bila dah kawen maknanya tanggungjawab bertambah, komitmen bertambah takleh nak hu ha hu ha sangat. Hehe. Pastu nak kacau malam malam pun kene pikir 4 5 puluh kali. LOL. Tapi bila zaman bertwitter ni nak kacau bila bila masa pun takde hal sebenarnye. Hehe. Apa yang aku nak sampaikan kat sini, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. *tetiba*

-Alwani – Ryna – Dieyla -
3 serangkai. Rakan baik kat matriks. Dan insyaAllah rakan sampai bila bila.
Dan tinggal sorang je yang single. Kalau tak tau lagi yang mana satu memang nak kene piap la tu. ;p Macam tak percaya pun ada kawan kawan aku ni dah jadi isteri orang. Tengok diorang naik pelamin rasa macam dalam mimpi pun ada. Wake me up! Wake me up! *Cubit diri sendiri* Ok confirm bukan mimpi.
Well.. this is life. I am happy for them.

Wani kawen dulu.

Pastu Ryna pun menyusul.
Hope korang bahagia dunia akhirat.
Jangan lupakan aku kat sini plish?
Touching pulak malam malam ni. Hehe. ^.^
Selamat malam.
Semoga hari esok lagi baik dari hari ini.
Amin.



















Leave A Comment